Program Maxis eKelas Minggu ke 6
10 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniProgram Maxis eKelas 2019 telah memasuki minggu ke 6 telah membawakan pelbagai aktiviti yang menarik disamping pembelajaran secara digital kepada kesemua pelajar seluruh Malaysia. Bagi subjek Bahasa Inggeris, kesemua pelajar diajar cara untuk melontarkan antonasi di dalam dialog berbahasa Inggeris oleh kerana pertandingan drama Bahasa Inggeris yang akan dijalankan tidak lama lagi.
Bagi subjek Matematik dan Sains para pelajar dilihat seronok melaksanakan tugasan kumpulan mereka dengan pelbagai eksperimen dan menyelesaikan kuiz yang diberikan oleh guru. Dengan aktiviti seperti ini, para pelajar didedahkan untuk belajar dengan cara yang lebih seronok disamping pembelajaran teori yang diberikan setiap minggu. Para pelajar juga dapat menambah kenalan untuk bersama-sama menyertai Maxis eKelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: